Saturday, June 18, 2011

My first Red Velvet (credit to pojie)

Assalamualaikum

haa sejak dah kembali menanam anggur ni kan..duk jelah rumah..tetiba tgn ni cm gatal je nk bake cake..dari hari tu cm teringin je nak wat red velvet cake tapi cam neves ckit sebab takut x jadi sbb x brp familiar ngn kek nih..dpt resepi dari blog pojie so pikir2 balik try je lah wee wee wee

Bahan A – Untuk diayak bersama.
  • 250 gram tepung gandum – tapi aku guna tepung naik sendiri bluekey tu je
  • 1 tsp baking powder – tak guna sbb dah guna self raising flour tuh
  • 1/2 tsp garam
  • 2 tsp cocoa powder


Bahan B -campur dan kacau sebati.
  • 240 ml buttermilk
  • 2 tbsp pewarna merah
sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan then baru tambah red colouring.


Bahan C -
  • 113 gram butter
  • 300 gram gula kastor- bagi sape yg x suke manis reducekan gula ckit
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp esen vanilla


Bahan D -
  • 1 tsp cuka
  • 1 tsp baking soda


Topping – Cream Cheese Frosting.
  • 227 gram cream cheese Philadelphia- kat carefour alamanda xde philadephia, so aku replace ngn brand tatura
  • 227 gram mascarpone – xdpt dijumpai..so xletak
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 cawan gula ising
  • 360 ml whipped cream-aku try letak thick cream tp jd cm cair..so xletak pun xpe kot
CARA :
  1. Pukul butter selama dua atau tiga minit. 
  2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih 
  3. masukkan telur satu persatu.  
  4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit. 
  5. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli.  
  6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 
  7. Tuangkan ke dalam loyang 
  8. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius.


Buat Topping
  1. Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.  
  2. Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati. 
  3. Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.
bagi topping..kalo xnk guna cream cheese guna buttercream pun sedap jgk! =D


tadaaaaa.....mmg hazab lah kan rupanya..janji habis..weeeee



nanti nk try buat pavlova lah!


(^_^)

No comments:

Post a Comment